Sunday, 11 December 2011

Permainan Bola Tampar - Menghadang

Definisi menghadang - lakuan melompat untuk menghalang rejaman dan meluruskan kedua-dua belah tangan, tinggi di atas kepala melepasi jaring.

Aktiviti 1 
  1. Murid-murid dikehendaki untuk berdiri di hadapan jaring dengan lutut dibengkokkan dan kedua-dua tangan di paras bahu.
  2. Murid-murid dikehendaki untuk membiasakan diri dengan posisi tersebut.
Aktiviti 2
  1. Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan, satu sebagai penyerang dan satu sebagai penghadang.
  2. Murid-murid dalam kumpulan penghadang dikehendaki untuk lonjak menegak dengan kedua-dua belah kaki setelah murid-murid dalam kumpulan penyerang melompat.
  3. Kedua-dua belah tangan hendaklah berada tinggi di atas kepala.
  4. Tangan kemudiannya diluruskan seluas bahu dengan tapak tangan dibuka melepasi jaring.
  5. Kedua-dua kumpulan akan berganti-ganti untuk melakukan aktiviti menghadang.

Aktiviti 3
  1. Murid-murid dikehendaki untuk mengundurkan tangan sambil mendarat di atas kedua-dua hujung kaki dengan lutut dibengkokkan sedikit.

1 comment: