Sources from Google
Monday, 12 December 2011
Sunday, 11 December 2011
Permainan Bola Tampar - Menghadang
Definisi menghadang - lakuan melompat untuk menghalang rejaman dan meluruskan kedua-dua belah tangan, tinggi di atas kepala melepasi jaring.
Aktiviti 1
- Murid-murid dikehendaki untuk berdiri di hadapan jaring dengan lutut dibengkokkan dan kedua-dua tangan di paras bahu.
- Murid-murid dikehendaki untuk membiasakan diri dengan posisi tersebut.
Aktiviti 2
- Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan, satu sebagai penyerang dan satu sebagai penghadang.
- Murid-murid dalam kumpulan penghadang dikehendaki untuk lonjak menegak dengan kedua-dua belah kaki setelah murid-murid dalam kumpulan penyerang melompat.
- Kedua-dua belah tangan hendaklah berada tinggi di atas kepala.
- Tangan kemudiannya diluruskan seluas bahu dengan tapak tangan dibuka melepasi jaring.
- Kedua-dua kumpulan akan berganti-ganti untuk melakukan aktiviti menghadang.
Aktiviti 3
- Murid-murid dikehendaki untuk mengundurkan tangan sambil mendarat di atas kedua-dua hujung kaki dengan lutut dibengkokkan sedikit.
Subscribe to:
Posts (Atom)